Kesilapan Dalam Permohonan Jawatan Kosong
Kesilapan Dalam Permohonan Jawatan Kosong
Saya menerima banyak permohonan kerja sejak meletakkan iklan jawatan kosong di dalam laman web mudah.my dan di website ini. Di sini saya kena komenlah beberapa kesilapan atau mungkin perkara-perkara yang terlepas pandang oleh para pemohon akibat daripada kekurangan pengalaman atau panduan. Mari kita teliti satu persatu kesilapan yang sebenarnya amat-amat besar yang memberi impak sama ada pemohon akan dipertimbangkan atau tidak.
1. Baca iklan dengan teliti
Ada beberapa pemohon (termasuk agensi pekerjaan) yang suka spam email semua pengiklan jawatan kosong dengan menghantar resume mereka-mereka yang tiada kaitan dengan bidang yang ditawarkan. Adakah mereka mengharapkan nasib semata-mata? Perkara ini mudah saja. Tapi janganlan ambil mudah. Sudah tentu pengiklan jawatan kosong inginkan mereka yang betul-betul layak bagi mengisi kekosongan jawatan kosong di tempat mereka. Itulah gunanya mereka meletakkan ciri-ciri pemohon yang dikehendaki. Kalau tidak mereka boleh ambil sahaja sesiapa yang ada di kalangan adik beradik atau jiran-jiran kan? So tolonglah baca iklan dan jangan main hantar aje resume anda jika anda tidak memenuhi semua kriteria yang dituliskan. Contoh jika iklan mengatakan nak mereka yang tinggal di kawasan Subang atau berhampiran, anda yang tinggal di Sabah tak perlulah nak apply.
2. Attach Resume dalam email
Anda nak cari pekerjaan bukan? So kalau ada pertanyaan pun hantarlah sekali resume dalam e-mail supaya kami boleh mengenalpasti kelayakan anda kena atau tidak dengan kekosongan yang ditawarkan. Mcm contoh saya perlu meneliti beratus-ratus resume, kenapa saya nak melayan mereka-mereka yang tak hantar resume?
3. Format Resume Dalam E-mail
Saya ada menerima pelbagai resume yang dihantar melalui e-mail. Ada yang hantar email kosong dan attach aje resume. Ada yang hantar resume tunggang langgang yang dicopy paste aje dari entah mana dalam body email. Ada pulak yang hantar resume dalam format yang tak pernah dibuat orang seperti dalam format imej png dan jpg. Itu belum kira yang resumenya tak lengkap lagi. Tak ada gambarlah, tak tulis alamat terkinilah, tak tulis pengalaman kerja sebelum ini dengan lengkap dan sebagainya. Saya boleh nampak tahap keseriusan seseorang dan daya usaha mereka dari cara mereka menghantar e-mail kepada saya. Mengapa saya nak mempertimbangkan mereka yang tiada daya usaha dan juga sambil lewa dalam nak mencari punca rezeki? Kalau dah kerja pun saya 99% boleh agak hasil kerja mereka ni macam mana nanti. Saya tak boleh terima alasan bahawa mereka kurang pengalaman atau tak belajar dan sebagainya. Ini kan zaman internet. Search ajelah dalam internet bagaimana nak buat resume yang terbaik. Ini semua soal sikap sebenarnya. Dan jarang-jarang orang nak menerima mereka yang mempunyai masalah sikap ke dalam pasukan mereka.
Sebagai panduan ringkas, cara untuk hantar resume dalam email yang saya mahu ialah:
- Yang bersesuaian dengan ciri-ciri yang diiklan. Jika tidak memenuhi ciri-ciri seperti yang diiklankan usahlah buang masa saya dan anda sendiri.
- Attach resume yang dalam format Word (.doc atau .docx) atau adobe reader (.pdf). Jangan hantar format yang tak pernah dibuat orang seperti jpg atau png.
- Di dalam body email tulislah sedikit apa tujuan email dihantar dalam penulisan yang formal dan senang hati dibaca orang lain. Kemudian tulislah ringkasan resume anda, cth saya skrg tinggal di…. umur… kini saya bekerja di… Nak selitkan pertanyaan pun boleh. Jangan la hantar e-mail kosong aje. Nampak sangat2 tidak professional langsung.
- Dekat footer (bawah sekali) e-mail anda dengan Nama penuh dan juga nombor telefon bimbit supaya senang nak dihubungi. Janganlah susahkan orang nak baca resume anda lepas tu nak kena cari nombor telefon anda dalam resume anda yang ada 10 mukasurat tu.
4. Tulis perkara yang ada kaitan dengan Jawatan yang ditawarkan sahaja
Di dalam resume janganlah cerita semua tentang alam pekerjaan yang anda pernah buat. Tulislah saja yang relevan dengan kekosongan jawatan yang ditawarkan itu. Contohnya anda tak perlulah tulis pernah kerja construction sementara tunggu result SPM dulu sedangkan anda mohon untuk jawatan IT. Tak ada nilai dan buang masa. Tetapi kalau anda pernah memenangi anugerah pekerja construction terbaik kategori angkut batu bata 3 tahun berturut-turut semasa di sana maka ini anda perlu tulis. Sebab ia memberi nilai tambah dan menunjukkan kualiti anda.
5. Jangan hantar e-mail ke banyak company sekaligus
Akhir sekali janganlah hantar mass email. Iaitu hantar email permohonan kerja anda ke banyak company sekaligus. Orang macam ni saya delete terus permohonan mereka. Ingat ni loteri ke apa? Kalau anda nak mohon personalize la untuk setiap company. Bukan susah pun. Kalau pengiklan lelaki, gunakan Encik dan perempuan Puan. kalau tahu nama gunakan nama. Malah anda perlu remind dalam email dekat mana anda nampak iklan dan hyperlink sekali ke iklan tersebut. Sebabnya kadang-kadang sebuah company ada lebih daripada satu kekosongan jawatan dan kemungkinan 1 jawatan ada banyak iklan. Anda perlu memberitahu anda mohon untuk jawatan yang mana dan iklan yang mana satu. Tolonglah jangan buat 1 email dan resume yang general lepas tu post kepada 100 company sekaligus. Kalau pemalas sangat pun gunalah BCC. Itu pun saya tak galakkan sebab email yang anda hantar ke ramai sekaligus adalah robotik dan boleh dipanggil sebagai spam.
Saya berharap entry kali ini dapat memberi serba sedikit kesedaran kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan. Buatlah yang terbaik supaya orang lain dapat mengenalpasti kualiti anda dengan mengikut tips-tips di yang dituliskan di sini. Selamat mencuba dan selamat mencari pekerjaan.














Ingat nak tengok game ni kat mana2 kedai makan. Seronok la kalau ramai-ramai tengok sekali kan. Tetapi sampai pun lewat, so paham-paham aje lah. Jangankan seat, parking pun takde langsung. Nampak sangat yang bukan fan bolasepak pun nak tengok jugak game ni atas dasar patriotisme tak kiralah sama ada anda Malaysian atau Indonesian. So dengan frustnya saye balik tengok kat umah aje.
Dah agak lama tak menonton movie kerana kesibukan. Best ke movie-movie sekarang ni? Rasanya dah cliche dah semua jenis plot, watak ataupun skrip Hollywood ni. Bila nak collapse entah. Well anyway, movie pertama yang kite nak review ialah Shark Night 3D. Tengah lepak-lepak kat Subang Parade tiba-tiba terperasan poster movie. Pelik jugak sebab Subang Parade mana ade movie? Rupanya bila dongak ke atas terpampang di sana MBO, dan kaunter untuk beli tiket movie. Apa lagi, terpaksa lah saye try out. Hehe.
Ok kita ke review movie kedua hari ini bertajuk Tower Heist. Mula-mula datang pawagam nak tengok citer Real Steel lakonan Hugh Jackman yang melibatkan gaduh2 robot tahap gaban. Tetapi kecewa citer tu xde dalam list. Dah habih dah. Tapi melihatkan senarai movie yang ada, pelakon Ben Stiller mencuri tumpuan, terus sahaja saya memilih citer Tower Heist ini. Apa yang lebih best lagi ialah salah seorang watak dalam filem ini ialah Eddie Murphy. Sudah lama tak tengok lakonan beliau. Mungkin sebab banyak movie yang dibintanginya sebelum ini agak flop di pasaran. So dia sebagai watak yang bukan utama dalam filem ini.





